Alhamdulillah..pejam celik pejam celik Muqri dah berusia 1m++..Ibu Muqri pon dah memulakan semester baru sebagai pelajar tahun akhir..Sementara belum mula buat research,teringin juga nak cerita pengalaman pertama dan mungkin terakhir bersalin di Jepun kat blog sepi ni..
Rasanya ramai yg dah tau..Muqri ni sakago-chan(baby songsang)..Jadi,aku perlu dibedah dan kami pilih 28 Februari sebagai tarikh lahir Muqri^^..oleh kerana pembedahan dibuat pada pagi 28hb,aku perlu masuk hospital bermula 27hb..
27 Februari 2012
Seawal jam 10pg aku dan encik hubby dah sampai kat hospital..Lepas dah uruskan dokumen2 yang patut,terus dibawa ke wad.Diberi katil dan baju untuk ditukar.Nurse suruh rehat2 dulu sementara tunggu doktor datang untuk beri penerangan pasal pembedahan.
| ..lunch kat hosp..tak sedap sgt la..hehe |
Lepas dah lama tunggu,doktor pon datang.Terangkan semua pasal bagaimana pembedahan akn dilakukan,kesan sampingan dll yg berkaitan.Waktu ni ada la rasa cuak sikit~Tapi bila fikir dapat jumpa baby,rasa tak sabar plak nak kena bedah..hehe..Lepas dah dengar sume2,encik hubby pon balik..Tak dapat nak teman lama2 sebab encik hubby ada kerja kat lab..huhu..
Lepas encik hubby balik,berkali-kali doktor dan nurse datang ke katil aku..Nak terangkan itu dan ini..Nak buat misi dan visi pembedahan bagai~Siap diberi peluang untuk melawat bilik bedah..hehe..Memang sistematik dan terperinci la diorang buat kerja..Aku yang akan dibedah ni pon rasa relaks dan selamat..Alhamdulillah..Waktu ni dilapangkan dada oleh-Nya..
Malam2 tak dapat tidur..Mungkin sebab tak sabar nak jumpa baby..Tengah layan perasaan,tiba2 makcik katil sebelah tanya dengan prihatin "OK ke..dengar awak sokseksoksek(bunyi orng selsema)..ada tisu tak?".. Dia hulur 2 peket tisu..Aku jawab "takpe makcik..saya ada tisu dah",sambil tunjuk sekotak tisu yang aku bawa dari rumah.."Arigatou gozaimasu" kataku sebagai tanda terima kasih atas keprihatinannya..Terharu!.."Douitashimashite(sama-sama)",balas makcik tu..
Entah pukul berapa,aku pon terlelap..





